Tuesday, May 17, 2011

Jenis-Jenis Air Mata Menurut Ibnu Qayyim


  
Assalamu'alaikum, ana mau share ilmu lagi
ana ini repost dari thread tmen ane nih..
bismillah, semoga bermanfaat :)

Jenis-Jenis Air mata
Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangis
1)         Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2)         Menangis kerana rasa takut.
3)         Menangis kerana cinta.
4)         Menangis kerana gembira.
5)         Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6)         Menangis kerana terlalu sedih.
7)         Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8)         Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9)         Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10)       Menangis orang munafik - pura-pura menangis.


"..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (An Najm : 43)
Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumber nya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti?.kalaulah air mata itu di tampung banjirlah dunia ini.

Tangis tercela atau terpuji ??
Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian. Ada pula tangisan sangat-sangat di puji dan di tuntut iaitu tangisan
kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.

Tangisan dapat memadamkan api Neraka ?
"Rasulullah saw bersabda : Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka."

Air mata taubat Nabi Adam a.s ?
Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendonggak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan.Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih.Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata,"Manis sungguh air ini." Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya. Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, "Hai Adam sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!."

Air mata yang tiada di tuntut ?
            - Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan yang telah menentukannya.
            - Janganlah menangis nonton filem hindustan itu kan cuma lakonan.
            - Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.
            - Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan.
            - Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan.
            - Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezki itu adalah pemberian Tuhan.


Oleh karenya  itu??..
Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt. Seru lah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.

Junjungan Mulia bersabda ?
"Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api neraka, mata yang menangis di waktu malam hari kerana takut kepada Allah swt dan 2 biji mata yang menjaga pasukan fi sabillah di waktu malam."
"Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah di hari qiamat" seseorang yang berzikir bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya."
"Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada Allah, maka berguguran lah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan kering."

Berkata Salman Al Faarisi r.a Aku di buat menangis atas 3 perkara jua :
1)         Berpisah dengan Rasulullah saw dan para sahabat-sahabat.
2)         Ketakutan seorang yang perkasa tatkala melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya.
3)         Aku tidak tahu samada aku akan di perintahkan untuk ke syurga atau neraka.

Air mata tanda rahmat Tuhan ?
Rasulullah saw bersabda : Jagalah mayat ketika kematiannya & perhatikanlah 3 perkara.
1) Apabila dahi nya berpeluh.
2) Air matanya berlinang.
3) Hidungnya keluar cecair seperti hingus.

kerana hal hal tersebut menandakan rahmat Allah swt untuk si mayat. (riwayat dari Salman al Faarisi)

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."



[QUOTE=Baca!][LIST]
[*]Silahkan Komentar dengan baik
[*]Bijak dalam menyimak dan menentukan sikap
[*]Rate ***** Bila berkenan
[*]Maaf jika ada kesalahan dalam penulisan Isi thread
[*]Beri tahu kepada temen-temen muslim lainnya agar timbul kesadaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, karena sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka.
[*]Silakan Di sebarkan, senakin banyak repost semakin baik :)
[/LIST]
:shakehand2[/QUOTE]

[QUOTE]
[center][b]MAMPIR GAN[/b][/center]

[LIST]
[*][URL="http://www.kaskus.us/showthread.php?p=265613174"]Hal-Hal yang Dianggap Membatalkan Puasa[Muslim][/URL]
[*][URL="http://www.kaskus.us/showthread.php?p=259980811"]Janganlah Sombong![Renungan Muslim][/URL]
[*][URL="http://www.kaskus.us/showthread.php?p=259979863"]Lucunya Ibadah[Renungan Muslim][/URL]
[*][URL="http://www.kaskus.us/showthread.php?p=259979100"]Jangan Pernah tinggalkan sholat...![/URL]
[*][URL="http://www.kaskus.us/showthread.php?p=259977275"]Khutbah Rasulullah SAW Dalam Menyambut Bulan Ramadhan Yang Penuh Berkat[/URL]
[*][URL="http://www.kaskus.us/showthread.php?p=259975736"]Detik-detik Rasulullah SAW menjelang sakratul maut[Muslim][/URL]
[*][URL="http://www.kaskus.us/showthread.php?t=4943392"][Share]Hadits, Fatwa, dan Kata2 Mutiara[Muslim masuk][/URL]
[*][URL="http://www.kaskus.us/showthread.php?p=259976611"]Hadits Sekitar Sholat[Muslim masuk][/URL]
[/LIST]
[/QUOTE]

sumber: http://archive.kaskus.us/thread/5194308

No comments:

Post a Comment

 
;